Perkhidmatan Pembersihan Rumah: 3 Kelebihan anda akan nikmati

perkhidmatan pembersihan rumah
Pernahkah anda mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah untuk memastikan rumah anda sentiasa bersih dan selesa?
Jika tidak, kami sarankan anda cuba dapatkan perkhidmatan mereka kerana banyak kelebihan yang akan anda nikmati.
Tugas-tugas seperti membasuh pinggan, membuang sampah dan mengemop lantai pasti memakan masa dan tenaga terutamanya jika anda perlu melakukannya seorang diri.
Ingin tahu agen mana yang boleh membersihkan rumah anda dengan berkesan? Teruskan membaca artikel ini.
Kami juga akan menyenaraikan kelebihan yang anda akan dapat dengan mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah.

Perkhidmatan Pembersihan Rumah

Kami juga akan menyenaraikan kelebihan yang anda akan dapat dengan mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah.

perkhidmatan pembersihan rumah

 

  • Vakum
  • Menyapu dan mop lantai 
  • Membuang sampah
  • Membersihkan habuk
  • Membersihkan permukaan perkakas dapur, kaunter dan kabinet dapur
  • Membersihkan tombol pintu dan lekapan cahaya
  • Membersihkan tandas, sinki, tab mandi dan/atau pancuran mandi
  • Membersihkan tingkap

Bukan itu sahaja, pembersih atau pembantu rumah itu juga akan membersihkan semua bilik anda termasuklah ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik mandi dan anjung hadapan.

Kurang masa untuk membersihkan dan menukar kain linen, pembersihan tilam, menggosok pakaian, membersihkan pinggan mangkuk? 

Jangan risau, mereka juga menawarkan servis-servis tersebut!

Malah, ada juga agen yang menyediakan khidmat pembasmian kuman dengan bayaran tambahan. 

Untuk perkhidmatan pembersihan yang lebih menyeluruh, anda boleh mendapatkan harga daripada agen pembersihan tersebut.

5 Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Pembersihan Rumah

Berikut adalah kelebihan-kelebihan mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah:

  1. Memberi lebih banyak masa lapang dari pembersihan lantai

perkhidmatan pembersihan rumah

Ketelitian dalam membersihkan rumah memerlukan banyak tenaga dan masa. Sudah tentu dengan membersihkan rumah, masa anda bersama keluarga dan kawan akan menjadi terhad.

Tambahan pula, anda pasti perlu memberikan fokus kepada kerja-kerja lain dan ini menyebabkan anda kurang masa dan tenaga untuk memastikan kebersihan rumah mereka terjaga.

Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan pembersihan rumah kerana ia pasti dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi. 

Bukan sahaja anda dapat pulang ke rumah yang bersih setelah penat bekerja, ia juga mampu memberikan anda kepuasan dan ketenangan untuk berehat.

Anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti untuk diri sendiri dengan bersenam, membaca buku atau berkebun.

  1. Menjimatkan wang

Kebanyakan orang beranggapan bahawa mengambil perkhidmatan pembersihan merupakan satu pembaziran kerana mereka boleh membersihkan rumah dengan sendiri.

Namun, ia adalah kurang tepat kerana melakukan pembersihan sendiri memerlukan anda untuk memiliki alatan-alatan dan produk pembersihan yang cukup untuk setiap pembersihan.

Anda mungkin akan perlu mengeluarkan lebih banyak duit untuk membeli peralatan yang cukup sebelum memulakan proses pembersihan.

Namun, dengan mendapatkan khidmat pembersihan professional, segala alatan dan bahan pembersihan akan disediakan oleh agensi pembersihan. 

Anda tidak lagi perlu mengeluarkan duit untuk alatan dan bahan pembersihan!

  1. Menjamin kesihatan anda

Adakah anda perasan bahawa kediamanan anda selalu berhabuk? 

Debu, kulat, bakteria dan kuman lain yang terdapat di bilik air  boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan masalah pernafasan.

Walau bagaimanapun, risiko tersebut dapat dikurangkan dengan pembersihan rumah yang kerap. 

Agen pembersihan yang dihantar ke rumah anda akan berusaha memastikan setiap sudut rumah anda bebas dari habuk.

Mereka juga dapat membersihkan kawasan yang tidak dapat anda jangkau dengan mudah.

Bukan hanya itu, tinggal di persekitaran yang tidak kemas boleh menyebabkan stress yang kemudiannya akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. 

Namun, dengan bantuan profesional pembersih, rumah anda akan jadi lebih kemas, wangi dan rapi. Emosi anda juga akan menjadi lebih tenang!

  1. Menjamin prosedur pembersihan yang betul 

perkhidmatan pembersihan rumah

Setiap rumah pastinya mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan yang berbeza, jadi anda tidak boleh menggunakan sabun yang sama untuk setiap pembersihan.

Setiap material mempunyai cara yang tersendiri untuk dibersihkan supaya kebersihan terjaga dan material tersebut tidak rosak ataupun terhakis.

Pengendalian prosedur ini memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pembersihan. 

Khidmat pembersihan rumah pastinya mampu untuk memenuhi keperluan tersebut.

  1. Peralatan pembersihan yang lebih baik

perkhidmatan pembersihan rumah

Alatan dan bahan untuk mencuci yang digunakan oleh agen pembersihan mampu menjadikan proses pembersihan lebih berkesan dan lancar.

Oleh kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang pembersihan rumah.

Oleh itu. sudah pasti mereka lebih tahu alat dan bahan apa yang sangat berkesan untuk digunakan berbanding produk-produk yang ada di rumah anda.

Hubungi Aresix Hari Ini!

perkhidmatan pembersihan rumah

Buntu untuk mencari agen pembersihan yang bagus? Kami sangat sarankan anda mendapatkan khidmat Aresix!

Mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang tidak terbatas kepada hanya membersihkan rumah anda.

Dengan bayaran yang berpatutan, Aresix memberikan kualiti dan kebersihan terbaik yang memenuhi harapan pelanggan.

Dengan portfolio pelanggan berjaya yang berjaya, anda boleh mempercayai mereka untuk perkhidmatan pembersihan yang sangat baik. Pasukan mereka juga berpengalaman dalam pelbagai jenis situasi.

Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aresix adalah:

  • Pembersihan Kediaman – Rumah, Pangsapuri
  • Pembersihan Kolam – Kolam Renang
  • Pembersihan Pembasmian Kuman – Perkhidmatan Pembersihan dan Pensterilan
  • Pembersihan Komersial – Pejabat, Tempat Kerja
  • Pembersihan Pelapis – Perabot Kulit atau Pelapis

Kesimpulannya, perkhidmatan pembersihan rumah pastinya dapat membantu anda dalam pelbagai aspek, dari segi kewangan ke segi kesihatan.

Kami mengesyorkan anda memilih Aresix sebagai pilihan agensi pembersihan anda. Aresix menggunakan model penyampaian perkhidmatan yang teratur seperti :

  • Perkhidmatan yang diperibadikan

Keperluan anda adalah keutamaan kami. Senaraikan masalah anda dan kami akan memberikan khidmat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  • Ikatan dan komunikasi

Sepanjang kontrak berjalan, segala keperluan pembersihan anda akan kami bantu secara langsung.

  • Khidmat “One Stop Shop”

Perkhidmatan kami merangkumi perkhidmatan pembersihan dan kebersihan dengan kualiti yang konsisten.

  • Pasukan yang berkualiti

Dalam memastikan anda mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari kami, kami berusaha keras untuk memilih pekerja-pekerja yang bagus untuk pasukan kami.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Your Free Quote

Need Help?